Jul 21, 2011

Kisah Mereka

Pabila selusuri kehidupan ini, dilewat usia yang masih Tuhan pinjamkan, rasa amat bersyukur atas segalanya. Melihat suasana karib dan mereka yang masih bersabar dengan ujian hidup, diri ini mengagumi mereka. Bersabarlah saudaraku, seperti yang dijanjikan Allah, manisnya buah kesabaran itu akan berbalas rahmat dan kasih sayangNya, membujukmu saat getir..dan bahawa kamu tidak akan sendiri.

Kisah seorang anak.

Dia bersalaman dengan semua murabbi. Katanya akan berpindah. Aduh. Tetiba aja. Kan baru semalam kami melihat dia mengalun nazam, menyanyi, menjadi konduktor di pentas, menghibur di khalayak. Juga kelmarin saat dia berlari di padang, menjadi juara dalam kalangan ramai. Dia anak yang sangat membanggakan.

Tadi. Anak itu hanya pamit dan sunyi. Ketidakadilan telah memusuhinya. Kasih sayang yang bertaburan. Apa yang dia sedang fahamkan. Lantas, usianya masih hijau, dan disogok dengan kisah-kisah manusia dewasa yang zalim.

Anak itu. Redha dalam matanya. Kini, melangkah dia jauh dari kami yang amat bangga akan dirinya. Juara di hati kami. Pergilah permataku. Moga dalam kesibukan menyambung temali cinta ayah bonda, dikau akan beroleh kejayaan mu seperti biasa, makin dewasa menongkah hidup dan dikasih semua.

Kisah Seorang Gadis

Dia manis. Pernah bersantai mendegar kalamku. Angguk-angguk mencerna tiap nasihatku. Kami selalu berbalas senyum. Dia anak yang baik. Membuang jauh hasratnya untuk berjauhan dari keluarga, demi Ummu yang memerlukan khidmatnya, maka dia amat redha dengan situasi itu.

Adik-adik yang diatur dengan kasih sayang. Gadis itu sangat bahagia. Dia memiliki kejayaan yang sepatut miliknya. Alhamdulillah.

Berbulan. Kami bersua semula dalam keramaian. Dia, bertongkat.

Hampir menitis air mata ini. Dia masih tersenyum melihatku. Dengan rupa tabah. Dia bersama kisah yang berluka. Dia tiada berkeluh. Aduhai sayang, kuatnya dirimu menghadapi segala ini. Dia mengirimkan keinsafan untuk diri ini. Bahawa, setiap cubaan itu akan pasti hadir pada insan-insan yang dipilihNya.

Semoga, gadis itu akan terus gagah menongkah sebahagian kisah daripada kehidupannya. Semoga..

2 comments:

adam_norshah said...

Along.....lame tak dengar cerite. Ape khabar ek?

- Abg Azam

Mentor_ulung said...

alhamdulillah, baik. banyak keje kat sekolah, hhe. abg azam camne???